MAKSUD AL-QURAN
Home / Ucapan / Ucapan Aluan Pengerusi

Ucapan Aluan Pengerusi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله.
(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ)
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيباً
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيداً، يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزاً عَظِيماً). أما بعد)

Kita bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNya kita muslim dan berada dalam negara dimana kita bebas beramal ibadah, malah Islam dimuliakan dan dipelihara.

Namun ramai kita sedih dan kecewa dengan keadaan umat dinegara yang kita cinta ini dan dinegara-negara lain yang serba mundur, lemah dan berpecah-belah yang amat jauh berbanding dengan para sahabat dibawah pimpinan Nabi SAW yang disebut oleh ALLAH SWT sebagai “khairu ummah” dalam Surah Ali Imran ayat 110.

Berbanding dengan muslim generasi pertama itu, umat hari ini telah membelakangkan Al-Quran. Al-Quran tidak lagi berfungsi sebagai pedoman muslim. Jika tidak pun mentakhtakan hawa nafsu semata-mata sebagai pegangan hidupnya, umat berabad-abad terbelenggu dengan salahfaham, tambah-tambahan dan penyelewengan yang tiada asasnya dalam Al-Quran dan Sunnah-sunnah Rasul SAW.

Satu punca keadaan yang menyedihkan ini adalah Al-Quran tidak lagi difahami walaupun banyak dibaca dan dihafal walhal pegangan seseorang  hamba berhubung aqidah dan syariat mesti diasaskan diatas dalil-dalil sahih dari Al-Quran dan As-Sunnah.

Atas kesedaran inilah kami menawarkan pendekatan hafazan Al-Quran-ul kariim bersepadu dengan pelajaran Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris sebagai alat mempertajamkan minda bagi memudahkan pemahaman makna kitab Allah itu. Sudah barang tentu bagi pemahaman yang dalam usaha-usaha tambahan dalam bentuk tafsir dan tadabbur perlu dilakukan oleh pelajar kemudian.

Moga-moga usaha kami yang kerdil ini diredhai oleh Allah SWT dan dapat menyumbang secebis terhadap kebaikan umat. Aamiin.

Shofwan Badrie bin Ahmad Badrie
Pengerusi