MAKSUD AL-QURAN
Home / Artikel Pilihan / 9 Tips Mudah Membaca Serta Menghafal Al-Quran Secara Berkesan

9 Tips Mudah Membaca Serta Menghafal Al-Quran Secara Berkesan

Kelebihan menghafal al-Quran

Al-Quran telah menjadi pusat kehidupan para pendahulu kita (center of our predecessors lives).

Keutamaan mereka adalah menghafal dan mengkaji al-Quran, sebelum mereka memulakan pelajaran lain.

Ulama-ulama besar dari zaman kegemilangan Islam seperti Ibn Sina dan Ibnu Rushdmemulakan pelajaran mereka dengan menghafal al-Quran.

Ini mungkin menjadi rahsia kepada kejayaan mereka dalam bidang sains dan teknologi.

Al-Quran bukan hanya membangunkan hubungan mereka dengan Allah secara spiritual, bahkan juga menambahbaik hubungan sel-sel otak lalu menambah fokus mereka.

Dalam satu artikel oleh Mohamed Gihlan, seorang neurosaintis muslim, dia menyebut bagaimana mempelajari al-Quran dapat membantu menambahbaik fungsi-fungsi otak.

 

Dia menyimpulkan bahawa:

Dengan meletakkan kesemua ini bersama-sama, dari sudut sejarahnya, tidak hairanlah orang Islam dahulu mampu memberi sumbangan besar kepada ilmu pengetahuan manusia dalam masa relatifnya adalah singkat.

Selepas seseorang pelajar berjaya menguasai al-Quran, maka pelajarannya dalam bidang-bidang sains yang lain pun bermula seawal umur remaja. Dek kerana otak mudah dibentuk, hubungan yang bertambah baik di satubahagian otak akan memberikan kesan kepada kawasan-kawasan otak yang lain secara tidak langsung.

Proses mempelajari al-Quran pada tahun-tahun sebelumnya itu telah melatik otaknya untuk menambahbaik fungsinya berkaitan persepsi visual, bahasa, memori bekerja, pembentukan memori, proses bunyi, perhatian, belajar kemahiran, menahan diri dan juga perancangan; sekadar menyebut beberapa perkara sahaja.

Sekarang bayangkan apa yang individu seperti itu mampu lakukan jika mereka mempelajari apa jua cabang ilmu.

Jadi, masuk akallah bagaimana seseorang seperti Imam al-Ghazali mempelajari falsafah Yunani pada masa lapangnya sahaja dan mampu menguasainya dalam masa hanya dua tahun1

 

Al-Quran adalah buku petunjuk kerohanian terbesar bagi seorang Muslim.

Saya selalu terbayang bagaimana hidup saya jika tiada al-Quran.

Sudah pasti saya akan tersesat. Kosong, sesat dan keliru.

Ia adalah satu keberkahan daripada Allah bahawa Dia telah memberikan kita kitab ini untuk membantu kita mengekalkan fokus kita daripada terganggu dengan segala perkara di sekeliling kita.

 

Allah berfirman di dalam al-Quran:

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

— Surah al-Israa’ ayat 9

Al-Quran perlu menjadi pusat kepada sistem pelajaran kita dan rutin harian kita.

Apabila kita menjadikan al-Quran sebagai pusat kehidupan kita, kita akan mampu mencapai zaman kegemilangan yang dahulu, sekali lagi.

Seorang profesor bukan Islam pernah menerangkan kepada pelajar-pelajar dalam kelas sejarah sains:

“Jika bukan kerana masalah politik dan pertelingkahan yang berterusan antara satu sama lain, orang Islam mungkin telah menjejak bulan pada tahun 1400-an 2

 

Credit: https://inchenaim.com/tips-membaca-menghafal-al-quran/

Check Also

ONUS IS ON THE PARENTS

As a teacher for nearly three decades, I have come across many cases of indiscipline among students. From my observation and experience as a former disciplinary teacher and a concerned educator, having served in both primary and secondary schools in rural as well as urban areas, I can say that instilling discipline and inculcating values MUST start from home.