MAKSUD AL-QURAN
Home / Pengumuman / 3 Sekolah Di Bawah Pengurusan Al-Nidaa’

3 Sekolah Di Bawah Pengurusan Al-Nidaa’

www.mutiarakafa.my

Mutiara KAFA Learning Centre we believe in going back to basics. Islam is a perfect way of life sent down by Allah, Lord of the Universe, through His Messenger, Prophet Muhammad (saw) as salvation. We, therefore, believe Allah’s Qur’an and Prophet’s sunnahs are devine life guides for humankind to attain success in this life as well as in the life hereafter.

PENDAFTARAN

Alhamdulillah, kami mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sekiranya tuan/puan masih mencari-cari tempat bagi anak-anak puan belajar mengaji Iqra/ Al-Qur’an, Hafazan, Jawi, Bahasa Arab, Aqidah dan Ibadah, kami masih membuka pintu selagi tempat masih ada untuk anak-anak tuan puan.

Berikut adalah program yang kami tawarkan:

KAFA

Hari Hari Isnin hingga Jumaat:

Sesi 1 (2:30ptg – 4:30ptg) – Pelajar berusia 8, 9, 10, 11 dan 12 tahun.

Sesi 2 (4:30ptg – 6.30ptg) – Pelajar berusia 7, 8 dan 9 tahun sahaja.

Masa 2.30ptg hingga 6.30ptg
Subjek Iqra/Al-Qur’an, Hafazan, Jawi, Bahasa Arab, Aqidah Fiqh & Akhlak (English) dan Seerah & Hadith (English)

 Yuran-yuran

Pendaftaran (untuk pelajar baru) RM100
Buku dan bahan pembelajaran (setahun) RM130.00 ke RM195.00
Yuran bulanan (dibayar untuk 3 bulan) RM140 x 3

KINDY KAFA (Untuk anak-anak berusia 4 – 6 tahun)

Hari Hari Isnin hingga Jumaat:

Sesi 1 (2.30ptg hingga 4,30ptg)

Sesi 2 (4.30ptg hingga 6.30ptg)

Masa 2.30ptg hingga 6.30ptg
Subjek Iqra, Jawi, Bahasa Arab, Aqidah & Ibadah

Yuran-yuran 

Pendaftaran (untuk pelajar baru) RM100
Buku dan bahan pembelajaran (setahun) RM100
Yuran bulanan (dibayar untuk 3 bulan) RM150 x 3

KAFA2 DAYS (Untuk pelajar berusia 7 & 8 tahun)

Hari A. Hari Isnin & Selasa

B. Hari Khamis & Jumaat

Masa 4.30ptg hingga 6.30ptg
Subjek Iqra/Qur’an, Jawi, Bahasa Arab, Aqidah Fiqh & Akhlak (English) dan Seerah & Hadith (English)

Yuran-yuran

Pendaftaran (untuk pelajar baru) RM100
Buku dan bahan pembelajaran (setahun) RM130 – RM195
Yuran bulanan (dibayar untuk 3 bulan) RM100 x 3

SATURDAY CLASS (Untuk pelajar berusia 7 – 13 tahun)

Hari Setiap hari Sabtu termasuk cuti sekolah kecuali cuti umum.
Masa 9.00pagi hingga 12.00 tengahari
Subjek Iqra/Qur’an, Aqidah Fiqh & Akhlak (English) dan Seerah & Hadith (English)

Yuran-yuran

Pendaftaran (untuk pelajar baru) RM100
Buku dan bahan pembelajaran (setahun) RM100
Yuran bulanan (dibayar untuk 3 bulan) RM80 x 3


Hubungi kami:

03 77259163 (Pejabat)
012 3700013 (Ummi)
019 4592700 (Ustazah Ema)
0193027144 (Ustazah Afieqah)

www.smita.edu.my

Penubuhan Sekolah Menengah Islam Tahfiz al-Amin (SMITA) adalah satu usaha pendidikan oleh sebuah syarikat, Persada Mesra Sdn Bhd (948920-H) yang tidak bermotifkan keuntungan.

Persada Mesra Sdn Bhd telah melantik Jamaah Pengurusan seperti yang dikehendaki oleh Enakmen Kawalan Sekolah-sekolah Agama Rakyat 1996 Negeri Perak  Jamaah Pengurusan adalah bertanggungjawab ke atas segala halatuju, dasar dan perjalanan harian SMITA.

Tujuan SMITA ditubuhkan ialah untuk melahirkan generasi muslim yang bertaqwa, berakhlak mulia, berfikiran terbuka dan berjiwa tajdid. SMITA bercita-cita dan merancang untuk menyediakan landasan yang betul bagi para pelajar melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang pengkhususan agama. Peluang juga akan dibuka luas untuk para pelajar yang berminat dalam bidang profesional seperti perubatan, kejuruteraan, senibina dan seumpamanya. Dalam masa yang sama mereka juga akan dipastikan supaya sentiasa peka kepada tanggungjawab asasi sebagai khalifah Allah dan bergerak aktif dalam usaha-usaha memperbaiki keadaan ummah. Untuk mencapai matlamat ini SMITA akan menggunakan pendekatan pendidikan pintar yang menekankan kefahaman, pemikiran dan komunikasi dua hala di antara guru dan pelajar dan di antara sesama pelajar dalam semua mata pelajaran termasuk agama / diniah.

Pelajar akan digalakkan untuk memperluaskan skop bacaannya supaya tidak hanya terikat dengan buku-buku teks sahaja. Kemudian mereka dikehendaki untuk menerangkannya di dalam kelas. Pemahaman mereka boleh dikritik atau disangkal oleh pelajar-pelajar yang lain. Dengan demikian mereka akan terbiasa membaca, berfikir  dan berkomunikasi, berbanding dengan hanya menunggu input yang disediakan oleh guru-guru.

Pendekatan yang sama akan diaplikasi juga dalam matapelajaran diniah / Islam berbanding dengan kebiasaan menghafaz semata-mata. Mata pelajaran aqidah, fiqh dan akhlak akan diulas dengan merujuk kepada pemahaman ayat-ayat Quran dan hadis-hadis yang berkaitan.

Penguasaan berbahasa Arab dan Inggeris akan menjadi tumpuan khusus bagi memantapkan kefahaman Islam para pelajar dan membantu mereka mengharungi realiti kehidupan dunia moden yang serba mencabar ini. Para pelajar perlu sentiasa diingati tentang kemunduran dan kelemahan umat Islam hari ini dan kewajiban setiap Muslim untuk membantu memperbaiki keadaan itu.

Dengan pendekatan yang sebegini dan dengan sentiasa memohon bantuan Allah, kami meyakini percaya SMITA akan mengeluarkan sejumlah Muslim profesional yang cerdik yang akan berperanan secara aktif dalam membela umat, InsyaAllah.

www.miss.edu.my

Penubuhan Sekolah Menengah Islam Tahfiz al-Amin (SMITA) dan Mutiara Integrated Secondary School adalah satu usaha pendidikan oleh sebuah syarikat, Persada Mesra Sdn Bhd (948920-H) yang tidak bermotifkan keuntungan.

Persada Mesra Sdn Bhd telah melantik Jamaah Pengurusan seperti yang dikehendaki oleh Enakmen Kawalan Sekolah-sekolah Agama Rakyat 1996 Negeri Perak  Jamaah Pengurusan adalah bertanggungjawab ke atas segala halatuju, dasar dan perjalanan harian SMITA dan Mutiara Integrated Secondary School.

Tujuan SMITA dan Mutiara Integrated Secondary School ditubuhkan ialah untuk melahirkan generasi muslim yang bertaqwa, berakhlak mulia, berfikiran terbuka dan berjiwa tajdid. SMITA dan Mutiara Integrated Secondary School bercita-cita dan merancang untuk menyediakan landasan yang betul bagi para pelajar melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang pengkhususan agama. Peluang juga akan dibuka luas untuk para pelajar yang berminat dalam bidang profesional seperti perubatan, kejuruteraan, senibina dan seumpamanya. Dalam masa yang sama mereka juga akan dipastikan supaya sentiasa peka kepada tanggungjawab asasi sebagai khalifah Allah dan bergerak aktif dalam usaha-usaha memperbaiki keadaan ummah. Bagi mencapai matlamat ini SMITA dan Mutiara Integrated Secondary School akan menggunakan pendekatan pendidikan pintar yang menekankan kefahaman, pemikiran dan komunikasi dua hala di antara guru dan pelajar dan di antara sesama pelajar dalam semua mata pelajaran termasuk agama / dini.

Pelajar akan digalakkan untuk memperluaskan skop bacaannya supaya tidak hanya terikat dengan buku-buku teks sahaja. Kemudian mereka dikehendaki untuk menerangkannya di dalam kelas. Pemahaman mereka boleh dikritik atau disangkal oleh pelajar-pelajar yang lain. Dengan demikian mereka akan terbiasa membaca, berfikir  dan berkomunikasi, berbanding dengan hanya menunggu input yang disediakan oleh guru-guru.

Pendekatan yang sama akan diaplikasi juga dalam matapelajaran diniah / Islam berbanding dengan kebiasaan menghafaz semata-mata. Mata pelajaran aqidah, fiqh dan akhlak akan diulas dengan merujuk kepada pemahaman ayat-ayat Quran dan hadis-hadis yang berkaitan.

Penguasaan berbahasa Arab dan Inggeris akan menjadi tumpuan khusus bagi memantapkan kefahaman Islam para pelajar dan membantu mereka mengharungi realiti kehidupan dunia moden yang serba mencabar ini. Para pelajar perlu sentiasa diingati tentang kemunduran dan kelemahan umat Islam hari ini dan kewajiban setiap Muslim untuk membantu memperbaiki keadaan itu.

Dengan pendekatan yang sebegini dan dengan sentiasa memohon bantuan Allah, kami meyakini percaya SMITA dan Mutiara Integrated Secondary School akan mengeluarkan sejumlah Muslim profesional yang cerdik yang akan berperanan secara aktif dalam membela umat, InsyaAllah.