Bagi mencapai Misi dan Visi ini MTM akan berusaha menjadikan pelajar-pelajarnya:
MUSLIM YANG SEIMBANG DAN KOMITED
(1) Pelajar hendaklah memahami Islam dengan tepat:
- Membaca & menghafaz seluruh Al-Quran dan memahami erti dan maksud sebahagiannya
- Mendahulukan sumber ilmu Islam utama iaitu Al-Qur’an dan sunnah Nabawiyah.
- Memahami aqidah dengan jelas dan mantap.
- Memahami bahawa Islam adalah agama yang syumul merangkumi setiap bidang hidup.
- Berpegang dengan kaedah bahawa setiap prinsip, hukum, suruhan dan larangan ada nas dan
- Berpegang dengan kepercayaan bahawa ilmu Islam hendaklah diamalkan.
(2) Pelajar hendaklah mengamalkan Islam
- Solat wajib lima waktu sehari walau di mana atau dalam keadaan apa sekalipun.
- Solat-solat sunat seperti rawatib, tahajjud, tahiyatul masjid dan sebagainya.
- Wirid, zikir dan doa-doa tertentu seperti didalam solat, semasa bersin, naik kenderaan, keluar dan masuk rumah dan sebagainya.
- Puasa wajib dan sunat.
- Melakukan kebaikan seperti menjaga kebersihan maahad, membantu ibu dalam kerja-kerja di rumah,membantu kawan dalam kerja-kerja maahad dan mencegah kemungkaran seperti bercakap bohong, lucah, mengambil tanpa kebenaran, tidak menepati masa dan sebagainya.
- Sebahagian dari tuntutan berbuat kebaikan adalah terhadap haiwan dan alam sekitar.
(3) Pelajar hendaklah berwatak baik dan berakhlak mulia
- Pelajar hendaklah sedar bahawa pembinaan watak dan akhlak adalah satu keutamaan dalam program pendidikan maahad.
- Pelajar mampu membezakan baik dan buruk dan memilih tindakan yang betul dalam keadaan tertentu.
- Pelajar bertanggungjawab di atas setiap tingkah lakunya bepandukan nilai-nilai akhlak yang telah dipelajarinya seperti kejujuran, keadilan, amanah, harga diri dan sebagainya.
- Pelajar hendaklah sedar bahawa berwatak baik dan berakhlak mulia mesti dipegang seumur hidup dalam interaksi dengan sesiapa jua samada keluarga, sahabat, guru, jiran dan teman sejawat samada muslim atau bukan muslim.
(4) Dalam pemahaman dan pegangan Islam, pelajar hendaklah bersifat seimbang dan sederhana.
- Mampu mengenal pandangan dan sikap extrimis dan berlebih-lebihan (ghuluw).
- Menerima hakikat bahawa atas apa jua perkara termasuk agama akan ada jurang perbezaan.
- Mampu berbaik-baik dan bekerjasama dengan orang lain walaupun berbeza pandangan, pegangan dan sikap
BERPENGETAHUAN DAN BERFIKIR
(1) Pelajar hendaklah belajar kemahiran belajar
- Memupuk rasa cintakan ilmu dan khususnya suka membaca dan berbincang
- Komited dengan kerja-kerja maahad yang berkualiti dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan
- Akan menggunakan berbagai strategi belajar serta cara-cara pilihan sendiri dan disiplin pengurusan masa bagi menambah baik pelajaran.
- Dari masa ke masa memuhasabah diri dan menilai kemajuan pelajaran demi memperbaiki pendekatan dan cara belajar
(2) Pelajar hendaklah mengasah kemahiran berfikir dan berhujah
- Mampu menggunakan maklumat yang didapati melalui membaca, mendengar guru atau siapa jua, mengkaitkannya dengan maklumat atau pemahaman yang sedia ada dan darinya menyimpulkan fahaman baru yang bersesuaian dengan konteksnya
- Mempunyai sikap dan semangat mencuba, meneroka, menjelajah minda dan menghormati pandangan orang lain bagi mencungkil sepenuhnya potensi diri.
- Bila berhadapan dengan sesuatu keadaan atau masalah, mampu menganalisanya dan memikirkan strategi dan cara penyelesaiannya.
- Mampu menjana idea-idea baru dan kreatif untuk berbagai-bagai keadaan dan tujuan
- Tidak malu bertanya bila berhadapan dengan sesuatu yang tidak diketahui atau difahami.
(3) Pelajar hendaklah mengasah kemahiran berkomunikasi
- Mampu bertutur dengan jelas menepati tujuan dan pemahaman pendengar
- Membiasakan diri menyatakan perasaan dan pandangan atau bertanya tanpa segan silu di setiap ketika dan situasi yang sesuai
- Selalu bercakap menggunakan fakta, hujah dan logik dan mengelak dari dorongan perasaan
(4) Pelajar hendaklah ada kemahiran sosial
- Mudah bergaul dengan orang, mematuhi amalan dan had-had pergaulan dan perbincangan sesama muslim, lelaki dan perempuan, atau dengan bukan Islam
- Boleh bekerja dengan orang lain dalam berbagai situasi untuk mencapai tujuan-tujuan tertentu
- Mampu menangani stress dan konflik yang timbul dari perbezaan pendapat dan pegangan
- Sanggup memuhasabah diri menilai kemampuan sebagai seorang ahli pasukan dan mengambil tindakan memperbaiki
- Memahami dan menghargai ciri-ciri dan nilai-nilai kebudayaan serta menghormati kepelbagaiannya di kalangan etnik yang berlainan
(5) Pelajar mesti menimba sebanyak pengetahuan dan kemahiran untuk pelajarannya.
- Menyiapkan kerjarumah, tugasan dan projek-projek yang dikenakan oleh maahad
- Berjaya dalam ujian-ujian maahad
- Lulus dengan cemerlang peperiksaan formal
WARGA YANG BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT DAN MEMBAWA PERUBAHAN YANG BAIK
Pelajar hendaklah memupuk kemahiran kepimpinan
- Membina kepercayaan kepada diri sendiri dengan belajar membuat keputusan-keputusan yang baik bagi diri sendiri.
- Memahami kepentingan kemahiran mendengar dalam berinteraksi dengan orang lain.
- Menyedari kepentingan dan menguasai kemahiran berunding dan bertolak-ansur bila bekerja dengan orang lain.
- Suka mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti berpasukan dan program-program komuniti.
Pelajar perlu memahami hubungkait masyarakat dengan ilmu Islam yang dipelajari
- Memahami bahawa Islam diturunkan bagi menyeru manusia mentauhidkan Allah dan menyelamatkan mereka dari api neraka, bahawa manusia berada dalam kerugian kecuali jika beriman kepada Allah, beramal saleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.
- Menyedari bahawa terlalu ramai dalam masyarakat yang tidak beriman, sesat atau melakukan kerosakan dan maksiat.
- Merasakan tanggungjawab bagi membimbing masyarakat ke jalan yang lurus serta berani membawa perubahan di mana dirasakan perlu.