Kurikulum
Mata-mata pelajaran yang akan mereka ambil adalah:
- Hifz Al-Quran
- Maharat Al-Quran
- Bahasa Arab
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Malaysia
- Matematik
- Sejarah
Jika memilih Bidang Agama
- Pendidikan Syariah Islamiah
- Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
- Sains
Jika memilih Bidang Sains
- Matematik Tambahan
- Kimia
- Fizik/ Biologi
- Pendidikan Islam
- Kelebihan pelajar-pelajar MTM mereka telah ada asas kukuh bagi empat mata pelajaran pertama (Hifz Al-Quran, Maharat Al-Quran, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris) dan Mata-mata pelajaran Islam sama ada atas nama Pendidikan Syariah Islamiyah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Islam.
- Yang perlu tumpuan adalah mata-mata pelajaran kelompok Matematik dan Sains.
Program Selepas Tamat MTM
- MTM sedar hafazan Al-Quran merupakan satu sahaja dari ilmu-ilmu yang diperlukan seorang pelajar bagi mempersediakan dirinya menghadapi hidup zaman dewasanya.
- Dalam konteks negara ini hampir semua lanjutan pelajaran dan pekerjaan mewajibkan kelulusan SPM. Atas kesedaran ini MTM telah mengaturkan kerjasama dengan Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al-Amin, sebuah sekolah integrasi berasrama penuh bagi pelajar lelaki di Chenderong Balai, Teluk Intan Perak yang menyediakan program SPM Ekspres.
- Dibawah program ini pelajar-pelajar yang telah tamat menghafal Al-Quran akan disediakan untuk menduduki peperiksaan SPM dalam dua tahun sahaja dibawah Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT), Kementerian Pendidikan Malaysia.